Thursday, December 17, 2009

Jagalah Hati

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Apa khabar iman di hati?

Kesempatan yang ada, ana ucapkan Selamat Tahun Baru 1431H untuk semua. Alhamdulillah kita masih bernafas sehingga ke saat ini. Gunakan peluang dan ruang yang ada ini, untuk sama-sama merebut cinta Rabbul 'Izzati, Allah Azza WaJalla.



Ana mahu menyentuh tentang penyakit hati. Penyakit hati yang akan ana sentuh ini, bukan tentang penyakit Cirrhosis, Hepatitis C atau Hepatitis B seperti yang kita belajar dalam subjek Biologi. Jangan salah faham ya hehe. Penyakit hati yang akan ana sentuh ini ialah penyakit hati menurut Islam. Rasa-rasanya antum semua tahu tentang penyakit hati menurut Islam bukan?



Di antara fungsi hati, menurut Al-Ghazali, adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Allah telah menciptakan hati sebagai tempat Dia bersemayam. Tuhan berkata dalam sebuah hadis Qudsi:
 
Langit dan bumi tidak dapat meliputi-Ku. Hanya hati manusia yang dapat meliputi - Ku. 

Dalam hadis Qudsi lain, Tuhan berkata: 

“Hai anak Adam, Aku telah menciptakan taman bagimu, dan sebelum kamu bisa masuk ke taman ciptaan-Ku, Aku usir setan dari dalamnya. Dan dalam dirimu ada hati, yang seharusnya menjadi taman yang engkau sediakan bagi-Ku.”
Sudah menjadi suatu kelaziman dalam setiap kehidupan masyarakat tidak kira kira dimana jua, asalkan ianya dihuni oleh manusia, kita akan pasti mendengar pelbagai permasalahan yang timbul akibat runtunan hati yang pernah diabadikan dalam sepatah syair Arab yang berbunyi "Hati adalah menteri yang menasihati" (al-qolbu wazeerun naaseh). Dengan kata lain , pada zahirnya kita lihat , tubuh badan kita yang menggerakkan sesuatu akan tetapi pemerintah sebenarnya dalam diri kita ialah hati.

Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud : 

Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati

Persoalan hati juga sering dikaitkan dengan jiwa (nafs) , oleh yang demikian , kalau seseorang itu sakit jiwa maka cara rawatannya mungkin dengan mendapatkan khidmat pakar psikologi dan pelbagai bahan ubatan lain akan tetapi sekiranya seseorang itu jiwanya sakit ini berkait rapat dengan rohani dan kekontangan dos aqidah yang mantap dan cara rawatannya lebih sukar andainya tidak menepati teknik penyembuhannya.


Dalam lipatan sejarah tentang berlakunya pembunuhan pertama atas dunia antara Habeel dan Qabeel, dua orang putera Nabi Adam A.S adalah disebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain lantaran dengki dan dendam berebut mendapatkan seorang wanita. Begitulah juga kisahnya, segala persoalan jenayah yang berlaku pada hari ini juga didorong oleh rasa hati yang dibantu oleh kekangan nafsu. Oleh yang demikian, terjadilah aneka bentuk jenayah seperti penipuan, pembunuhan, rompakan, pencabulan dan sebagainya.


Memiliki hati yang tenang sebenarnya transformasi kepada kecerahan wajah yang dibaluti Nuur Iman (cahaya iman) pada setiap wajah setiap umat Islam. Ini jelas terbukti sekiranya seseorang itu menghadapi masalah , sudah pasti wajahnya juga secara fizikal akan turut terkesan seperti kemurungan dan dahi berkerutan. Akan tetapi sebaliknya jika seseorang itu , memiliki hati yang tenang , pasti akan mudah dan murah untuk berkongsi senyuman dengan orang lain-lain. Persoalan ketenangan hati bukan suatu barangan yang boleh dijual beli.


Sindrom penyakit hati ini sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada setiap individu dan masyarakat sekiranya, usaha-usaha awal tidak dibendung. Sebagai contoh yang paling mudah dalam masyarakat sekliling kita terutamanya masyarakat Islam – biasanya apabila seseorang itu lebih maju , lebih masyhur daripada orang lain dalam sesuatu usaha yang dijalankannya seperti perniagaan, pelajaran dan lain-lain – ini akan mengundang keresahan dan kebengkakan hati atau penyakit dengki kepada rakan-rakan yang lain. Maka timbullah elemen-elemen yang mendorong kepada keretakan persahabatan dan melorongkan bibit-bibit permusuhan.

Sudah jelas diterangkan menerusi Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud : 

Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian , iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam ), lalu ditambah Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.

Memang umum kita ketahui, sifat hati sentiasa berubah, maka tidak hairanlah sebagai contohnya jika seseorang itu berjanji setia untuk mendirikan mahligai bahagia dengan pasangan pilihan hatinya tetapi akhirnya berkesudahan menukar fikiran akibat dorongan hati dan nafsu kepada wanita lain, oleh kita sentiasa digalakkan untuk memohon kepada Allah SWT agar kita sentiasa diberi keteguhan hati dan iman kita dengan melazimi membaca doa 

Wahai Tuhan yang sentiasa membalik-balikkan hati , tetapkanlah hati atas agama-Mu dan ketaatan-Mu.
Kawan ana pernah bertanya, macam mana mahu melupakan seseorang yang kita sayang? Ana tiada jawapan untuk itu, melainkan baiki hubungan dengan Allah. Bagi ana, itu adalah satu daripada penyakit hati. Apabila hati kita tidak lagi dekat dengan Allah, syaitan akan duduk di situ dan mula membisikkan kata-kata manis dia untuk menjauhkan diri kita dari Allah. Jadi, sentiasalah beringat tentang godaan-godaan syaitan yang sentiasa memberi penyakit kepada hati kita.


Kena rawat hati kita ok??? :D

Jom!! Sama-sama rawat hati masing-masing. Kalau ana futur, antum ingatkan ana. Kalau antum futur, ana ingatkan antum. Kita sama-sama jaga hati kita!! Jooommm!!

 Tahniah kerana dapat menghabiskan bacaan. Antum memang mempunyai hati yang baik!!!


Wallahu A'lam Bitthawab.

macamana nak tundukkan pandangan ya?

Bismillah..
terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menjaga dan memantapkan iman.. semestinya yang kita semua tahu, cara yang paling berkesan ialah menundukkan pandangan.. Akan tetapi, sekadar menundukkan pandangan sahaja tidak mencukupi.. Ia perlulah disertakan dengan beberapa perbuatan yang lain... di sini ana nak kongsi ilmu tentang beberapa perkara lain yang perlu dilakukan untuk menjaga pandangan..


a. Menjadikan Fikiran Jernih.
Alam fikiran manusia tidak terjadi dengan sendirinya. Tidak pula ditentukan sewenang-wenang oleh Allah. Yang bisa membentuknya adalah si empunya fikiran sendiri, melalui pemprosesan data dan informasi dalam otak. Informasi itu masuk melalui panca indera. Apa yang dilihat, didengar, dicium, disentuh dan dirasa, semuanya akan terakam di dalam otak. Ada yang cepat hilang dan dilupakan, ada yang lekat sampai tua. Semakin banyak dan semakin sering data dimasukkan, semakin besar pula kemungkinannya untuk tertanam tajam dalam memori, lalu membentuk  pemikiran seseorang.


Proses pembentukan pemikiran itu bisa berjalan walau tanpa dikehendaki pemiliknya sendiri. Kerana itu sangat penting untuk memperhatikan apa-apa yang didengar dan dilihat demi menjamin kebersihan hati dan fikiran. Menjaga pandangan adalah salah satu sarananya.Fikiran yang jernih akan menghasilkan keputusan-keputusan yang sehat dan tepat. Tentunya ini akan sangat bermanfaat bagi semua pihak.


b. Mempertajam Hati Nurani.
Pemikiran yang telah terbentuk, lama-kelamaan akan mempengaruhi nurani seseorang. Hati bisa menjadi keras bila dalam kurun cukup lama tidak dilatih dekat dengan Allah lantaran pemikirannya tidak mendukung. Proses perubahan suasana hati itupun boleh berjalan tanpa disadari.


Sebaliknya jika mata terjaga, begitu pula indera yang lain, hati pun ikut terjaga kebersihannya, sehingga hati terselubungi oleh cahaya keimanan dan terjauhkan dari kegelapan, seperti firman Allah, “Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lobang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar.” (An-Nur: 35)


c. Senantiasa Dzikir Kepada Allah.
fikiran kotor yang mulai meracuni hati dapat diselamatkan jika seseorang masih mampu mengingat Allah banyak-banyak. Ini ibarat sebuah perang antara kebersihan hati yang didasarkan pada ingat kepada Allah dengan pola pikir kotor yang berdasarkan hawa nafsu. Dengan menundukkan pandangan, seseorang akan lebih mudah mengingat Allah sehingga memberinya kekuatan kepada hati untuk memerangi pengaruh negatif yang dibawa oleh fikiran yang kotor dan hawa nafsu. Telah berfirman Allah SWT dalam surat Al-Kahfi 28, “…. Janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya melewati batas.”


d. Mencegah Sikap Liar.
Liar bermaksud tak dapat dikendalikan. Sikap ini mudah muncul bila tidak ada niat dari untuk mengawal dirinya. Prosesnya kebiasaannya dimulakan dari hal-hal kecil, misalnya mulai menganggap remeh perintah Allah. Kian lama kian berani melanggar larangan dan mengabaikan anjuran, hingga akhirnya keyakinanpun bisa goyah. Menjaga pandangan merupakan salah satu saranan latihan mengendalikan diri.


e. Melihat Dengan Fitrah Bashirah
Setiap orang memiliki bashirah yang dapat membezakan kebaikan dari keburukan. Apabila intuisi ini dipelihara, dirawat, dan dijaga maka ia akan berfungsi dengan baik untuk pemiliknya. Apalagi jika seseorang selalu menjaga pandangan matanya, sehingga dapat membersihkan hati maka intuisi bukan sekedar terpelihara melainkan terasah semakin tajam. Sebaliknya, jika intuisi tidak terpelihara gara-gara hati tidak bersih, maka ukuran benar salah menjadi rancu baginya. Fitrahnya rusak, sehingga hatinya lebih sulit diajak meniti jalan kebenaran.


Disarikan dari : Fitnah An-Nazhar wa `Ilajiha.
http://yudadh.wordpress.com


::artikel ni telah ana ubah demi kefahaman pembaca::


nantikan post terbaru akan datang ;
LANGKAH -LANGKAH MENJAUHKAN DIRI DARI FITNAH AN-NAZHAR


salam ukhuwah,
Wallahu'alam.

Sunday, December 13, 2009

Jangan Putus Asa Sayang

Salamullahi Alaykum. Ana curi masa ana untuk menulis, dan ana curi masa antum semua untuk membaca coretan ana. Izinkan ana ya? =_=

Saat ini, ana mahu menangis. Ana sedang futur. Maafkan ana ya kawan-kawan. Bukan ana mahu iman ana futur. Iman ana betul-betul lemah. Tak mantap sepenuhnya macam iman antum semua. Ana malu dengan antum semua. Ana rasa macam putus asa sebentar. Tapi ana tahu, putus asa itu tak elok. Allah tak suka insan yang berputus asa terhadapNya kan?

Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bahkan Allah SWT sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam Al-Quran:

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”

Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut.

Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik.

Bukankah Allah telah menyatakan:

“Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”

Inilah hebatnya orang Islam, kerana prinsip hidupnya yang jelas dan bermatlamat telah digariskan dengan jelas dalam Islam.Benarlah kata – kata Umar yang sangat terkenal akan hal ini.

“Kita adalah satu bangsa yang dimuliakan dengan Islam dan sekiranya kita mencari kemuliaan selainnya pastinya kemuliaan yang kita kecapi akan hilang”.

Pendek kata, janganlah kita berputus asa dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Allah menyatakan dengan jelas dalam AlQuran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Bukankah Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya:

” Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.

Bahkan sehingga pelaku-pelaku dosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana sememangnya sifat ini adalah sifat yang terlarang bahkan keampunan Allah SWT itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”.

Kalau dalam hal inipun dilarang berputus asa apatah lagi hal – hal yang lain. Tapi alangkah berbezanya realiti Muslim hari ini yang mudah sahaja berputus asa apabila gagal dalam sesuatu perkara atau mudah saja menyerah kalah apabila menghadapi cabaran yang sukar. Ikutilah teladan Rasulullah SAW dan sahabat – sahabat serta generasi Islam yang awal yang sentiasa bersemangat dan bersungguh- sungguh dalam apa jua bidang sekalipun. Ayuh wahai pemuda untuk kita bangkit kembali dan pastikan kita sentiasa cekal dan jauhilah sikap berputus asa.

Kita perlu sentiasa pro aktif dan berfikiran positif. Dan secara logikalnya, hari ini kita melihat kebanjiran pelbagai jenis buku yang sebenarnya tidak mahu membiarkan manusia dalam keadaan berputus asa. Ada sahaja buku yang ditulis untuk membantu kita memperbaiki keadaan kita. Kalau tidak pandai berbahasa ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana untuk menguasai bahasa tersebut, jika dalam keadaan stress juga ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana menghadapinya pendek kata semuanya Ada jalan dan ianya terletak kepada kita sama ada kita mahu atau tidak atau kesimpulan yang mudah ianya tidak mahu kita berputus asa kerana Sesuatu masalah atau cabaran yang timbul pasti ada jalan keluarnya.


Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.

Allah SWT tidak pernah bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil dalam segala sesuatu. Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh. Mereka selalu menghadapi Qadha’ Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.Inilah gambaran akal manusia yang sangat terbatas. Sedangkan Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya:

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian).
Anggapan manusia pada kedua-dua keadaan diatas adalah keliru. Sebenarnya kelapangan atau kesempitan rezeki adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya. Apakah mereka akan bersyukur atau kufur nikmat, apakah boleh sabar menghadapi cubaan atau panik. Balasan untuk seseorang yang kelak akan diterimanya adalah sesuai dengan sikapnya menghadapi ujian-ujian diatas. Balasan bukan terletak pada apa yang diperolehi seseorang di dunia ini samada senang atau susah. Kesimpulannya, janganlah kita berputus asa. Jadi bagaimanakah kita menghadapinya?:

• Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik. Rasulullah SAW menjelaskan:

“Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”.

• Sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah. Dari Abdullah Bin Mas”ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca:

“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”. Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.

Dan dalam firman Allah menjelaskan:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”.

• Bersabar dan Bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila menghadapi cabaran dan ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Akhir kata marilah bersama- sama kita menghayati sebuah Hadith Rasulullah SAW,Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya:

Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.
Macam mana? Hati ana dah tenang sedikit demi sedikit bila ingat tentang kata-kata Allah. Antum yang tengah kesedihan, dah baik? Ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan tenang.

Salamullahi Alaykum.

Zuhudnya Abu Ubaidah al-Jarrah

Abu Ubaidah adalah seorang sahabat yang terpercaya dan dicintai Rasulullah saw. Dia ikut banyak peperangan membela panji-panji Islam. Bahkan, menjadi panglima perang yang sangat memperhatikan keselamatan tentaranya.

Bahkan Abdullah bin Mas’ud bangga dengannya. “Paman-pamanku yang paling setia sebagai sahabat Rasulullah saw. Cuma tiga orang. Mereka adalah Abu Bakar, Umar, dan Abu Ubaidah,” begitu ujarnya.

Rasulullah saw. sendiri mengakui kualitas Abu Ubaidah. “Bagi suatu kaum adalah seseorang yang paling mereka percayai dan bagi kaum ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah,” begitu sabda Rasulullah saw.

Di masa pemerintahan Abu Bakar sebagi Khalifah, Abu Ubaidah dipercaya sebagai Ketua Pengawas Perbendaharaan Negara. Abu Bakar kemudian mengangkatnya menjadi Gubernur Syam. Jabatan ini diemban Abu Ubaidah hingga di masa pemerintahan Umar bin Khattab.
Tak lama kemudian Umar mengangkat Abu Ubaidah sebagai Panglima Perang menggantikan Khalid bin Walid.

Suatu ketika, ketika di masa pemerintahan Abu Ubaidah, Syam dikepung musuh. Umar berkirim surat kepada Abu Ubaidah. Isinya, “Sesunggunya tidak akan pernah ada seorang mukmin yang dibiarkan Allah dalam suatu penderitaan melainkan Dia akan melapangkan jalannya, hingga kesulitan akan dibalas-Nya dengan kemudahan.”

Surat itu dibalas oleh Abu Ubadah dengan kalimat, “Sesungguhnya Allah swt. telah berfirman:
Ketahuilah bahwasanya kehidupan dunia ini hanyalah main-main dan senda gurau, bermewah-mewah, dan saling membanggakan kekayaan dan anak pinak di antaramu, ibarat hujan (menyirami bumi), tumbuh-tumbuhan (menjadi subur menghijau), mengagumkan para petani. Lalu tanaman itu mengering, tampak menguning, kemudian menjadi rapuh dan hancur. Sedang di akhirat kelak, ada azab yang berat (bagi mereka yang menyenangi kemewahan dunia) namun ada pula ampunan dan keridhaan Allah (bagi yang mau bertobat). Kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu belaka.” (Al-Haddid: 20)
Surat balasan Abu Ubaidah ini oleh Umar dibacakan di depan kaum muslimin seusai melaksanakan shalat berjamah. “Wahai penduduk Madinah, sesungguhnya Abu Ubaidah mengharapkan aku dan kalian semua suka berjihad,” kata Umar.

Memang Abu Ubaidah dikenal orang di zamannya sebagai orang yang zuhud. Umar pernah berkunjung ke Syam ketika Abu Ubaidah menjabat sebagai gubernur. “Abu Ubaidah, untuk apakah aku datang ke rumahmu?” tanya Umar. Jawab Abu Ubaidah, “Untuk apakah kau datang ke rumahku? Sesungguhnya aku takut kau tak kuasa menahan air matamu begitu mengetahui keadaanku nanti.”

Namun Umar memaksa. Akhirnya Abu Ubaidah mengizinkan Umar berkunjung ke rumahnya. Sungguh Umar terkejut. Ia mendapati rumah Sang Gabenor Syam kosong melompong. Tidak ada perabotan sama sekali.

Umar bertanya, “Hai Abu Ubaidah, di manakah penghidupanmu? Mengapa aku tidak melihat apa-apa selain sepotong kain lusuh dan sebuah piring besar itu, padahal kau seorang gabenor?”

“Adakah kau memiliki makanan?” tanya Umar lagi. Abu Ubaidah kemudian berdiri dari duduknya menuju ke sebuah ranjang dan memungut arang yang didalamnya.

Umar pun meneteskan air mata melihat kondisi gabenornya seperti itu. Abu Ubaidah pun berujar, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah sudah kukatakan tadi bahwa kau ke sini hanya untuk menangis.” 

Umar berkata, “Ya Abu Ubaidah, banyak sekali di antara kita orang-orang yang tertipu oleh godaan dunia.”

Suatu ketika Umar mengirimi wang kepada Abu Ubaidah sejumlah empat ribu dinar. Orang yang diutus Umar melaporkan kepada Umar, “Abu Ubaidah membagi-bagi kirimanmu.” Umar berujar, “Alhamdulillah, puji syukur kepada-Nya yang telah menjadikan seseorang dalam Islam yang memiliki sifat seperti dia.”

Begitulah Abu Ubaidah. Hidup baginya adalah pilihan. Ia memilih zuhud dengan kekuasaan dan harta yang ada di dalam genggamannya. Baginya jabatan bukan aji mumpung buat memperkaya diri. Tapi, kesempatan untuk beramal lebih intensif guna meraih surga.

Thursday, December 10, 2009

Mengumpat Tu Best Ke?

Bismillah. Assalamualaikum semua. Apa khabar hari anda? Apa khabar iman anda? :)

Alhamdulillah untuk nikmat Iman dan Islam yang masih kekal dalam diri. Syukur dipanjatkan untuk Dia, yang masih tak putus-putus memberi nikmat kepada kita. Boleh kita bayangkan hidup tanpa nikmat Dia? Tanpa deria bau, pendengaran, penglihatan. Tentu tak sempurna hidup kita bukan? Hamdallah, Hamdallah, Maha Suci Allah, Dia pemilik nyawa kita.

Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alayhi wasallam. Tanpa usaha baginda, kita tentu tak dapat merasa nikmat terbesar kita sekarang. Dalam masa yang sama, kita panjatkan syukur kita lagi untuk Dia yang memilih kita untuk merasai nikmat ini. Boleh kita bayangkan sekiranya kita merupakan mad'u pertama Rasulullah? Boleh bayangkan jika kita tergolong dalam kumpulan Abu Jahal yang menentang dakwah Islamiyah baginda? MasyaAllah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Post kali ini berkisar dengan sesuatu yang sangat tak asing lagi dengan diri kita sendiri, terutama perempuan :) Kenapa khusus untuk perempuan ya? Sebab perempuan ni banyak benda kena jaga. Kan? Setuju kan? :)

Siapa tak setuju perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal? Yang tak setuju tu, sekarang anda wajib setuju sebab itu memang fitrah yang telah Allah bagi. Perempuan mempunyai 9 nafsu beserta 1 akal. Manakala lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Saling melengkapi kan? :)

Tapi, tak bermakna dengan 9 nafsu tu kita boleh sesuka hati je nak buat apa. Kita kena ingat, Allah bagi kita 1 je akal untuk mengawal 9 nafsu. Jadi, kita kena la perbanyakkan ilmu kita untuk menundukkan nafsu kita. Ilmu agama khususnya. Akal kita senipis helaian rambut. Kena tebalkan dengan limpahan ilmu. Hati kita pulak macam kaca yang rapuh, kena kuatkan dengan iman yang teguh :)

Apa antara bahaya orang perempuan ya? Hmm, fikir jangan tak fikir :)


Dah tau?


Ya! Betul. Lidah! Percakapan orang perempuan ni berbisa tau. Sebab perempuan ni bercakap ikut emosi, tak ikut akal. Sebab tu la banyak fitnah dari kalangan orang perempuan. Orang perempuan yang sesuai jadi Mami Jarum la, Mami Benang la dan segala macam Mami. Sebab orang perempuan ni pandai mencucuk dan mengadu domba. Tapi sekarang ni, isu yang ingin ditekankan ialah mengumpat. Kita semua suka mengumpat kan? Macam seronok je mengumpat tu kan? Sedap je. Tapi kita tak sedar mengumpat tu busuk. Sangat busuk. Sebab kita makan daging saudara kita sendiri!!


Mengumpat = Ghibah


Firman Allah : Hai orang yang beriman! Kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui. kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu. (al-Hujurat:6)

Dalam ayat ni, Allah memberi amaran kepada mereka yang beriman, untuk selidik dahulu setiap berita buruk yang disampaikan, supaya kita tak melulu menuduh. Dalam erti kata lain, kita tak memfitnah orang. Sebaliknya, kita selidik perkara tersebut dengan betul dan adil, kemudian baru kita lakukan hukuman dan sebagainya. Tapi dalam sesetengah kelompok masyarakat kita sekarang, kita gemar mengambil bulat-bulat setiap berita yang disampaikan tanpa selidik dulu. Namanya tak adil bukan? 

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memperolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan lebih baik daripada mereka yang memperolok-olokkan, dan janganlah pula wanita-wanita lain, boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan lebih baik daripada mereka yang memperolok-olokkan. Dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri, dan janganlah pula kamu gelar menggelar dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk nama panggilan ialah yang fasik sesudah iman, dan sesiapa yang tidak bertaubat, mereka itulah orang yang zalim. (al-Hujurat:11)


Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah at-Tawwab dan ar-Rahim. (al-Hujurat:12)


Sayang sekalian :),
Kita kena ingat, Allah yang memegang hati-hati kita. Allah yang membolak-balikkan hati kita. Jadi, kalau kita dok mengata orang la, mengumpat orang la. Silap hari bulan benda tu yang berbalik pada kita. Kita kena ingat semua tu. Kita cakap hidung orang tu senget la, tak cantik la, kaki cacat la, perangai hodoh la, apa la. Entah-entah nanti Allah bagi anak kita macam tu. Dan orang pulak dok mengata anak kita. Kita nak? Mesti la kita tak nak kan? :) 

Kita tuding satu jari pada orang, 4 jari lagi berbalik pada kita. Jadi, jangan tuding jari pada orang. Kita muhasabah diri kita sebelum kita nak mengumpat dan nak mengata orang. Mulut orang yang mengumpat ni busuk tau! Waktu kita mengumpat, malaikat semua lari. Sebab mulut kita bau bangkai walaupun kita tak bau. Tapi malaikat dan penduduk langit semua bau. Bau bangkai busuk kan? Kita ni mulut baru bau petai sikit pun dah malu, apa lagi bau bangkai. Busuk kan? Jadi, jangan la mengumpat. Kita kena beringat, lidah kita milik Allah. Mulut kita milik Allah. Semuanya milik Allah. Kita tak tahu bila masa Allah akan tarik semua nikmat yang Dia bagi. Jadi, sentiasa lah beringat :)

Sayang sekalian :),
Disebabkan sayang dengan antum semua, jom kita sama-sama baiki diri kita! Kita cuba jadi orang yang baik, walaupun kita tak boleh baik sepenuhnya. Kita nak jadi ahli syurga kan? Jom jadi baik! Kita tak patut tunggu masa untuk jadi baik. Mulakan sekarang, sebab kita tak tahu kita ada masa atau tak selepas ni. Kita sama-sama cuba jadi baik. Jauhkan mengumpat dan semuanya. 

Macam mana nak jauhkan diri dari mengumpat ya? :) Jom kita ikut tips-tips yang Imam al-Ghazali beri untuk kita :

>> Harus sedar dan insaf ; mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu dosa besar.
>> Sedar dan membetulkan kesalahan diri sendiri daripada menyalahkan orang lain.
>> Hendaklah berasa malu apabila mencaci kecacatan orang lain.

Sayang sekalian,
Setiap manusia yang diciptakan masing-masing ada kelemahan dan keistimewaan sendiri. Jadi, setiap kelemahan haruslah dibaiki dengan sokongan, bukan dengan kata-kata cacian. Kita patut menyokong saudara kita yang ingin membaiki kelemahan mereka, bukan mencerca mereka. Jadi, apa lagi? Mula sekarang! Jom!! :)



Jangan mengumpat lagi ya? Kita cuba ubah diri kita. Okay? Ok!!

Sekian. Wassalam.

Tuesday, December 8, 2009

Hati terluka? Ada ubatnya..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, hanya Dialah pemilik deen ini, dan hanya Dialah pemilik segala-galanya, segala yang ada di langit dan dibumi hanya milik Allah. ya, hanya milik Allah swt.


salam wbt..


post pertama dari diri seorang hamba yang sangat-sangat ingin mencintai Penciptanya..siapa ana? tak perlu tau la.. :) Hm, agak seronok untuk berdakwah disini, disekolah dan dimana-mana sahaja.. InsyaAllah, dipermudahkan untuk mengharungi jalan dakwah ini..


pada post kali ini, ana nak kongsi satu cerita antara dua hamba Allah yang sedang bersama-sama mencari keredhaanNya dan cintaNya.


begini kisahnya, anggaplah hamba Allah yg pertama ni namanya muslimah1 dan hamba Allah yg kedua ni muslimah2..


satu petang, muslimah1 menelefon muslimah 2,


muslimah1: assalamualaikum,
muslimah2: waalaikumussalam ya ukhti, ada hajat apa call ana nie?
muslimah1: nak kate hajat besar, ye kut.. hehe~ ukhti..ana nak luahkan sesuatu pada anti boleh?
muslimah2: sudah tentu, silakan..
muslimah1: kenapa bila kita bersedia untuk berubah, dan sedang cuba memperbaiki diri, tiba2 ada yang mencaci? teruk sangat ke ana ni? ana tau dulu ana x sebaik yang lain-lain, tapi sekarang, ana nak ubah attitude ana.. ana rasa sangat down ukhti.. seolah-olah ada halangan untuk ana berubah..
muslimah2: ukhti sayang, itu semua ujian Allah, nak uji keimanan hamba-hambaNya. kalau anti betul2 nak berubah, anti perlu kuat dan tabah. ana yakin, anti boleh hadapi ujian ni.. 
muslimah1: ukhti~ bantu ana skit boleh?
muslimah2: insyaAllah, ape die?
muslimah1: jangan biarkan ana hanyut.. ingatkanlah ana mengenai tujuan hidup yang sebenar iaitu mencari keredhaan Allah.. pimpin ana ke syurga Ilahi ya ukhti.. 
muslimah2: insyaAllah ya ukhti, kita sama-sama saling membantu untuk mencari keredahaanNya dan cintaNya..
muslimah1: uhibbuki fillah wa la tansani fidduaki.. (aku sayangkan kamu kerana Allah dan jangan lupakan aku dalam doamu..
muslimah2: wa ana aidhon, uhibbuki fillah ya ukhti.. (aku juga.. aku sayangkan kamu kerana Allah wahai saudaraku..)
muslimah1: ukhti, ana ada kelas hafazan ni.. lagi 15 minit nak mula.. ana nak kena siap2 untuk berjumpa dengan murabbi.. nak cari ilmu Allah..
muslimah2: oh, baguslah tu.. hafaz dan ambillah pengajaran .. moga ilmu yg akan diperoleh nanti bermanfaat~
muslimah1: syukran ya ukhti.. jazakillah..(moga diberikan oleh Allah kesihatan keatasmu..) assalamualaikum..
muslimah2: afwan, jazakillah jugak~ waalaikumussalam wbt.


Berdasarkan dialog ni, kita boleh tahu bahawa mereka berdua sangat2 ingin mencintai Allah, Tuhan seluruh alam.. Ya, inilah salah satu cara yg boleh dilakukan jika kita berada dalam kesedihan dan kehampaan.. ceritakan pada sahabat yang boleh mengingatkan kita pada Allah.. bukan dengan cara bunuh diri (nauzubillah), ambil dadah, marah-marah dan bersedih sepanjang masa.. memang benar, kita perlu mengadu pada Allah, ini memang sangat-sangat perlu kerana hanya Dialah pelindung kita, bukan yang lain.. disamping itu, kita juga boleh mengadu @ meminta nasihat dari insan-insan yang baik akhlaknya dan mampu untuk membimbing serta mendorong diri kita ke arah yang lebih baik contohnya ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, sahabat2, sahibah2, abang-abang senior, kakak-kakak senior, adik2 junior, dan yang paling dekat adalah, ibubapa kita sendiri..


Natijahnya, gunakanlah cara muzakarah atas dasar iman untuk mengubati hati yang terluka atau terleka atau macam2 ter.... lagi lah.. bagi ana dan sahabat2 ana, inilah cara yang terbaik.. jom cuba~
uhibbukum fillah.. :)


Wallahu'alam.. 

Untuk Siapa Semua Ini?

Bismillah.
Salam w.b.t.

Sayang, mari duduk dekat-dekat. Yang dah memang dekat mari rapat-rapat. Jangan takut sayang, kak hanya nak bercerita. Cerita tentang betapa hebatnya Tuhan.

Sayang, mari pimpin tangan. Kita jalan-jalan melihat kebesaran Tuhan. Telah diciptakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Unta boleh dibuat tunggangan, boleh juga dijadikan makanan. Kerbau membajak sawah, tatkala raya direndang pula. Llama dan yak membawa barang di kawasan pergunungan.

Rumput-rumput yang hijau, sayur-mayur yang menyihatkan, ulam-ulaman membuka selera. buah yang beraneka jenis, ada yang bujur, ada yang berduri. Ada yang kecil, ada yang bermusim. Beraneka pilihan yang setiap satu lain rasanya.

Itu baru dua jenis makhluk yang kak ceritakan. Cuba kau dongak ke atas dan perhatikan langit yang berdiri tanpa tiang. Tiada sebarang rekahan. Membirukan dan tergantung awan-awan yang bersantun di dadanya yang megah. Tertitis air tatkala langit menangis membawa rahmat pada bumi kontang yang merekah, menyuburkan tanaman dan membasahkan bumi tandus.

Sayang, tahukah engkau, semua makhluk yang Tuhan ciptakan adalah untuk kita? Cukup berterima kasihkah kita atas segala nikmat kurniaanNya? atau kita mengucapkan syukur dengan melakukan kemungkaran di atas muka bumi ini?

Dalam sebuah hadith qudsi Allah ada berfirman-

Aku menciptakan segala sesuatu untukmu dan aku menciptakan kamu untuk-Ku.

menciptakan kamu untuk-Ku.
menciptakan kamu untuk-Ku.
menciptakan kamu untuk-Ku.

adik faham apa maksud ayat ini?

Kak tahu adik faham. Adik faham guna hati ye. Jangan faham guna fakta. Adik faham dengan mata hati, bukan guna akal logik. Akal logik hanya boleh diguna untuk baca buku Biologi saja. Kita boleh hafal setiap fakta, tapi tak boleh simpan dalam hati. Bukan?

Kak saja timbulkan soal ini. Sebab kak tahu adik masih lagi dalam proses mengenali Tuhan adik dan Tuhan akak. Kak pun masih lagi mengenali Tuhan kak, iaitu Allah.

Kak mahu kita terus mengenali dia.

=============================================

Tujuan blog ini dibina sebenarnya tidak dirancang. Tapi bagi aku, aku mahu blog ini boleh memberi manfaat. Aku mahu setiap kita dapat mengutip mutiara-mutiara iman, yang boleh dijadikan bekalan sepanjang perjalanan kita di dunia. Hakikatnya masih jauh lagi perjalanan kita, tapi kita adakah kita tahu bila kita akan menghadap tuhan?

Nantikan ahli-ahli MBS muncul dan mengeluarkan setiap kalam yang tersimpan :)

Wallahu A'lam.
Wassalam