Thursday, December 17, 2009

Jagalah Hati

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Apa khabar iman di hati?

Kesempatan yang ada, ana ucapkan Selamat Tahun Baru 1431H untuk semua. Alhamdulillah kita masih bernafas sehingga ke saat ini. Gunakan peluang dan ruang yang ada ini, untuk sama-sama merebut cinta Rabbul 'Izzati, Allah Azza WaJalla.



Ana mahu menyentuh tentang penyakit hati. Penyakit hati yang akan ana sentuh ini, bukan tentang penyakit Cirrhosis, Hepatitis C atau Hepatitis B seperti yang kita belajar dalam subjek Biologi. Jangan salah faham ya hehe. Penyakit hati yang akan ana sentuh ini ialah penyakit hati menurut Islam. Rasa-rasanya antum semua tahu tentang penyakit hati menurut Islam bukan?



Di antara fungsi hati, menurut Al-Ghazali, adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Allah telah menciptakan hati sebagai tempat Dia bersemayam. Tuhan berkata dalam sebuah hadis Qudsi:
 
Langit dan bumi tidak dapat meliputi-Ku. Hanya hati manusia yang dapat meliputi - Ku. 

Dalam hadis Qudsi lain, Tuhan berkata: 

“Hai anak Adam, Aku telah menciptakan taman bagimu, dan sebelum kamu bisa masuk ke taman ciptaan-Ku, Aku usir setan dari dalamnya. Dan dalam dirimu ada hati, yang seharusnya menjadi taman yang engkau sediakan bagi-Ku.”
Sudah menjadi suatu kelaziman dalam setiap kehidupan masyarakat tidak kira kira dimana jua, asalkan ianya dihuni oleh manusia, kita akan pasti mendengar pelbagai permasalahan yang timbul akibat runtunan hati yang pernah diabadikan dalam sepatah syair Arab yang berbunyi "Hati adalah menteri yang menasihati" (al-qolbu wazeerun naaseh). Dengan kata lain , pada zahirnya kita lihat , tubuh badan kita yang menggerakkan sesuatu akan tetapi pemerintah sebenarnya dalam diri kita ialah hati.

Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud : 

Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati

Persoalan hati juga sering dikaitkan dengan jiwa (nafs) , oleh yang demikian , kalau seseorang itu sakit jiwa maka cara rawatannya mungkin dengan mendapatkan khidmat pakar psikologi dan pelbagai bahan ubatan lain akan tetapi sekiranya seseorang itu jiwanya sakit ini berkait rapat dengan rohani dan kekontangan dos aqidah yang mantap dan cara rawatannya lebih sukar andainya tidak menepati teknik penyembuhannya.


Dalam lipatan sejarah tentang berlakunya pembunuhan pertama atas dunia antara Habeel dan Qabeel, dua orang putera Nabi Adam A.S adalah disebabkan ketidakpuasan hati antara satu sama lain lantaran dengki dan dendam berebut mendapatkan seorang wanita. Begitulah juga kisahnya, segala persoalan jenayah yang berlaku pada hari ini juga didorong oleh rasa hati yang dibantu oleh kekangan nafsu. Oleh yang demikian, terjadilah aneka bentuk jenayah seperti penipuan, pembunuhan, rompakan, pencabulan dan sebagainya.


Memiliki hati yang tenang sebenarnya transformasi kepada kecerahan wajah yang dibaluti Nuur Iman (cahaya iman) pada setiap wajah setiap umat Islam. Ini jelas terbukti sekiranya seseorang itu menghadapi masalah , sudah pasti wajahnya juga secara fizikal akan turut terkesan seperti kemurungan dan dahi berkerutan. Akan tetapi sebaliknya jika seseorang itu , memiliki hati yang tenang , pasti akan mudah dan murah untuk berkongsi senyuman dengan orang lain-lain. Persoalan ketenangan hati bukan suatu barangan yang boleh dijual beli.


Sindrom penyakit hati ini sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada setiap individu dan masyarakat sekiranya, usaha-usaha awal tidak dibendung. Sebagai contoh yang paling mudah dalam masyarakat sekliling kita terutamanya masyarakat Islam – biasanya apabila seseorang itu lebih maju , lebih masyhur daripada orang lain dalam sesuatu usaha yang dijalankannya seperti perniagaan, pelajaran dan lain-lain – ini akan mengundang keresahan dan kebengkakan hati atau penyakit dengki kepada rakan-rakan yang lain. Maka timbullah elemen-elemen yang mendorong kepada keretakan persahabatan dan melorongkan bibit-bibit permusuhan.

Sudah jelas diterangkan menerusi Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 10 yang bermaksud : 

Dalam hati mereka ada penyakit (keyakinan mereka terhadap Nabi Muhammad SAW lemah. Kelemahan keyakinan itu menimbulkan kedengkian , iri hati dan dendam terhadap Nabi SAW agama dan orang-orang Islam ), lalu ditambah Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.

Memang umum kita ketahui, sifat hati sentiasa berubah, maka tidak hairanlah sebagai contohnya jika seseorang itu berjanji setia untuk mendirikan mahligai bahagia dengan pasangan pilihan hatinya tetapi akhirnya berkesudahan menukar fikiran akibat dorongan hati dan nafsu kepada wanita lain, oleh kita sentiasa digalakkan untuk memohon kepada Allah SWT agar kita sentiasa diberi keteguhan hati dan iman kita dengan melazimi membaca doa 

Wahai Tuhan yang sentiasa membalik-balikkan hati , tetapkanlah hati atas agama-Mu dan ketaatan-Mu.
Kawan ana pernah bertanya, macam mana mahu melupakan seseorang yang kita sayang? Ana tiada jawapan untuk itu, melainkan baiki hubungan dengan Allah. Bagi ana, itu adalah satu daripada penyakit hati. Apabila hati kita tidak lagi dekat dengan Allah, syaitan akan duduk di situ dan mula membisikkan kata-kata manis dia untuk menjauhkan diri kita dari Allah. Jadi, sentiasalah beringat tentang godaan-godaan syaitan yang sentiasa memberi penyakit kepada hati kita.


Kena rawat hati kita ok??? :D

Jom!! Sama-sama rawat hati masing-masing. Kalau ana futur, antum ingatkan ana. Kalau antum futur, ana ingatkan antum. Kita sama-sama jaga hati kita!! Jooommm!!

 Tahniah kerana dapat menghabiskan bacaan. Antum memang mempunyai hati yang baik!!!


Wallahu A'lam Bitthawab.

0 comments:

Post a Comment