Thursday, December 10, 2009

Mengumpat Tu Best Ke?

Bismillah. Assalamualaikum semua. Apa khabar hari anda? Apa khabar iman anda? :)

Alhamdulillah untuk nikmat Iman dan Islam yang masih kekal dalam diri. Syukur dipanjatkan untuk Dia, yang masih tak putus-putus memberi nikmat kepada kita. Boleh kita bayangkan hidup tanpa nikmat Dia? Tanpa deria bau, pendengaran, penglihatan. Tentu tak sempurna hidup kita bukan? Hamdallah, Hamdallah, Maha Suci Allah, Dia pemilik nyawa kita.

Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alayhi wasallam. Tanpa usaha baginda, kita tentu tak dapat merasa nikmat terbesar kita sekarang. Dalam masa yang sama, kita panjatkan syukur kita lagi untuk Dia yang memilih kita untuk merasai nikmat ini. Boleh kita bayangkan sekiranya kita merupakan mad'u pertama Rasulullah? Boleh bayangkan jika kita tergolong dalam kumpulan Abu Jahal yang menentang dakwah Islamiyah baginda? MasyaAllah, Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Post kali ini berkisar dengan sesuatu yang sangat tak asing lagi dengan diri kita sendiri, terutama perempuan :) Kenapa khusus untuk perempuan ya? Sebab perempuan ni banyak benda kena jaga. Kan? Setuju kan? :)

Siapa tak setuju perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal? Yang tak setuju tu, sekarang anda wajib setuju sebab itu memang fitrah yang telah Allah bagi. Perempuan mempunyai 9 nafsu beserta 1 akal. Manakala lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Saling melengkapi kan? :)

Tapi, tak bermakna dengan 9 nafsu tu kita boleh sesuka hati je nak buat apa. Kita kena ingat, Allah bagi kita 1 je akal untuk mengawal 9 nafsu. Jadi, kita kena la perbanyakkan ilmu kita untuk menundukkan nafsu kita. Ilmu agama khususnya. Akal kita senipis helaian rambut. Kena tebalkan dengan limpahan ilmu. Hati kita pulak macam kaca yang rapuh, kena kuatkan dengan iman yang teguh :)

Apa antara bahaya orang perempuan ya? Hmm, fikir jangan tak fikir :)


Dah tau?


Ya! Betul. Lidah! Percakapan orang perempuan ni berbisa tau. Sebab perempuan ni bercakap ikut emosi, tak ikut akal. Sebab tu la banyak fitnah dari kalangan orang perempuan. Orang perempuan yang sesuai jadi Mami Jarum la, Mami Benang la dan segala macam Mami. Sebab orang perempuan ni pandai mencucuk dan mengadu domba. Tapi sekarang ni, isu yang ingin ditekankan ialah mengumpat. Kita semua suka mengumpat kan? Macam seronok je mengumpat tu kan? Sedap je. Tapi kita tak sedar mengumpat tu busuk. Sangat busuk. Sebab kita makan daging saudara kita sendiri!!


Mengumpat = Ghibah


Firman Allah : Hai orang yang beriman! Kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui. kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu. (al-Hujurat:6)

Dalam ayat ni, Allah memberi amaran kepada mereka yang beriman, untuk selidik dahulu setiap berita buruk yang disampaikan, supaya kita tak melulu menuduh. Dalam erti kata lain, kita tak memfitnah orang. Sebaliknya, kita selidik perkara tersebut dengan betul dan adil, kemudian baru kita lakukan hukuman dan sebagainya. Tapi dalam sesetengah kelompok masyarakat kita sekarang, kita gemar mengambil bulat-bulat setiap berita yang disampaikan tanpa selidik dulu. Namanya tak adil bukan? 

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memperolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan lebih baik daripada mereka yang memperolok-olokkan, dan janganlah pula wanita-wanita lain, boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan lebih baik daripada mereka yang memperolok-olokkan. Dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri, dan janganlah pula kamu gelar menggelar dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk nama panggilan ialah yang fasik sesudah iman, dan sesiapa yang tidak bertaubat, mereka itulah orang yang zalim. (al-Hujurat:11)


Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah at-Tawwab dan ar-Rahim. (al-Hujurat:12)


Sayang sekalian :),
Kita kena ingat, Allah yang memegang hati-hati kita. Allah yang membolak-balikkan hati kita. Jadi, kalau kita dok mengata orang la, mengumpat orang la. Silap hari bulan benda tu yang berbalik pada kita. Kita kena ingat semua tu. Kita cakap hidung orang tu senget la, tak cantik la, kaki cacat la, perangai hodoh la, apa la. Entah-entah nanti Allah bagi anak kita macam tu. Dan orang pulak dok mengata anak kita. Kita nak? Mesti la kita tak nak kan? :) 

Kita tuding satu jari pada orang, 4 jari lagi berbalik pada kita. Jadi, jangan tuding jari pada orang. Kita muhasabah diri kita sebelum kita nak mengumpat dan nak mengata orang. Mulut orang yang mengumpat ni busuk tau! Waktu kita mengumpat, malaikat semua lari. Sebab mulut kita bau bangkai walaupun kita tak bau. Tapi malaikat dan penduduk langit semua bau. Bau bangkai busuk kan? Kita ni mulut baru bau petai sikit pun dah malu, apa lagi bau bangkai. Busuk kan? Jadi, jangan la mengumpat. Kita kena beringat, lidah kita milik Allah. Mulut kita milik Allah. Semuanya milik Allah. Kita tak tahu bila masa Allah akan tarik semua nikmat yang Dia bagi. Jadi, sentiasa lah beringat :)

Sayang sekalian :),
Disebabkan sayang dengan antum semua, jom kita sama-sama baiki diri kita! Kita cuba jadi orang yang baik, walaupun kita tak boleh baik sepenuhnya. Kita nak jadi ahli syurga kan? Jom jadi baik! Kita tak patut tunggu masa untuk jadi baik. Mulakan sekarang, sebab kita tak tahu kita ada masa atau tak selepas ni. Kita sama-sama cuba jadi baik. Jauhkan mengumpat dan semuanya. 

Macam mana nak jauhkan diri dari mengumpat ya? :) Jom kita ikut tips-tips yang Imam al-Ghazali beri untuk kita :

>> Harus sedar dan insaf ; mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu dosa besar.
>> Sedar dan membetulkan kesalahan diri sendiri daripada menyalahkan orang lain.
>> Hendaklah berasa malu apabila mencaci kecacatan orang lain.

Sayang sekalian,
Setiap manusia yang diciptakan masing-masing ada kelemahan dan keistimewaan sendiri. Jadi, setiap kelemahan haruslah dibaiki dengan sokongan, bukan dengan kata-kata cacian. Kita patut menyokong saudara kita yang ingin membaiki kelemahan mereka, bukan mencerca mereka. Jadi, apa lagi? Mula sekarang! Jom!! :)



Jangan mengumpat lagi ya? Kita cuba ubah diri kita. Okay? Ok!!

Sekian. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment