Sunday, March 7, 2010

Pentingnya berpegang dengan akhlak Islam dan tamadunnya


Antara perkara yang wajib diberi perhatian oleh saudara-saudara kita terutama sekali pelajar-pelajar muda ialah mereka patut menyedari bahawa perjuangan hidup mati kita bukan saja bergantung kepada akidah Islam, bahkan bergantung juga kepada akhlak dan nilai-nilai Islam, kerana adanya hubungan yang rapat antara
akidah dan akhlak, bahkan wujudnya salah satu darinya memestikan adanya yang satu lagi. Sesungguhnya akidah Islamlah yang memestikan kita berpegang dengan akhlak dan nilai-nilai yang tertentu.

Apa yang dapat dilihat sejak zaman berzaman bahawa pusat-pusat pengajian tinggi kita telah melalaikan asuhan akhlak di kalangan pelajar-pelajar. Bahkan yang lebih teruk lagi ialah pusat-pusat pengajian tinggi itu telah bersungguh-sungguh menabur benih-benih pengetahuan yang bertentangan dengan nilai Islam serta bercanggah dengan segala prinsip akhlak Islam.

Patutlah kita ingat bahawa akhlak dan nilai-nilai yang menjadi teras kebangkitan umat barat tidaklah dapat kita jadikan asas kebangkitan kita, bahkan kita tidak dapat bangun, maju dan berkuasa melainkan setelah kita
menerima prinsip-prinsip akhlak yang telah disediakan kepada kita oleh Islam, Allah dan rasulnya.
Orang barat boleh berkorban dengan diri dan hartanya untuk mempertahankan tanahairnya dengan keadaan ia hidup sebagai seorang gila,menari dan mabuk arak serta melakukan segala perkara kejahatan dan
keruntuhan akhlak, kerana falsafah kebendaan yang menjadi pegangan mereka tidak menegah itu semua. Tetapi orang Islam mengetahui bahawa semua perkara tersebut dilarang oleh Allah dan rasulnya tidaklah boleh mengikuti cara hidup sebegitu dan tidak boleh memilih kebudayaan bentuk sedemikian kecuali
setelah mereka berpaling tadah dari asas-asas pelajaran Islam.

Sesungguhnya disisi orang barat, apabila mereka melakukan perkaraperkara tersebut, tidaklah bertentangan dengan prinsip-prinsip akhlak dan nilai-nilai tamadun mereka, tetapi bagi orang Islam, dengan melakukan dosa-dosa itu, ia telah meruntuhkan prinsip-prinsip yang menjadi landasan akhlak dan nilainilai
kita.

Kedudukan orang Islam jika ia minum arak adalah berlainan sekali daripada kedudukan orang barat. Soal bahaya akibat arak kepada tubuh dan jiwa manusia adalah sama, tidak kira samada ia Islam atau kafir. Oleh kerana arak tidak haram di sisi ugama kafir, maka apabila orang kafir meminumnya, ia hanya merosakkan tubuh dan jiwanya saja. Adapun akidah dan ugamanya tidak terlibat.
Hal ini berlainan sekali dengan keadaan orang Islam. Orang Islam tidak akan melakukan kejahatan itu melainkan apabila jiwanya sudah dirasuk oleh perasaan memberontak terhadap Allah dan Rasulnya serta oleh perasaan tidak memperhitungkan lagi hari yang akan ditimbang segala kebaikan dan kejahatan.
Sesudah itu ia tidak akan memadai melakukan satu dosa, bahkan akan melampaui kepada dosa-dosa lain dan akan mempersetankan segala ikatan dan kewajipan-kewajipan akhlak, hingga pada satu hari kelak tidak ada lagi perkara dalam Islam yang patut dihormati dan dimuliakan dan semuanya dihinakannya.

p/s:
Ana ambil dari file dalam komputer. Ana rasa artikel ni sangat menarik dan besar maknanya tapi.. masyarakat zaman moden kini kurang mengambil perhatian berkaitan dengan hal-hal sebegini dan seterusnya membuatkan mereka terus jahil dan dibelengu dosa.. Ayuh muslim2 dan muslimah2 sekalian, kita bangkit dan carilah ilmu.. jika ada rasa dalam diri hendak berubah kepada yang baik, berubahlah! jangan dikenang peristiwa pahit yang telah terjadi. biarkan ia berlalu. Segala kesilapan, kejahilan, jadikan iktibar.

Sesungguhnya, kita manusia biasa yang tidak sunyi dari berbuat kesalahan dan kesilapan. Tapi ingat! Allah SWT telah memberikan kita akal fikiran yang amat bernilai. Tidak diberikan akal itu kepada haiwan tetapi Allah SWT berikan kepada kita! Subhanallah.. begitu Allah percaya pada kita untuk menjadi KHALIFAH di muka buminya wahai sahabat sekalian.
Jadi, berpeganglah dengan akhlak islamiah. Mari bersama-sama kita bina semula tamadun Islam yang gemilang seperti dizaman Rasulullah saw dan sahabat2 baginda.

" walaupun aku disini, kamu disana, kita tetap berpegang pada satu iman.. berjuanglah sahabat seislamku.. berjuanglah saudara seislamku.. walau tak pernah bertentang mata denganmu, walau kau tidak ku tahu siapa namamu, tapi aku yakin, diakhirat kelak kita akan dihimpunkan bersama.. sebagai umat Rasulullah! insyaAllah. " - saudara seIslammu..

moga mendapat manfaat, wasalam..

by: whiteheart

1 comments:

Ben18 said...

betul3x

Post a Comment