Wednesday, March 23, 2011

BANGKIT WAHAI PEMUDA!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bukan lagi masa untuk bersenang-lenang. Bukan lagi masa untuk bermalas-malas. 

*target*

-->MATRIKULASI

-->UNIVERSITI

Anggaplah keputusan SPM itu satu permulaan.
Tidak bermakna hidupmu akan berakhir apabila tidak mendapat straight A's.
Mari sini, kita bermuzakarah sebentar.
Biarkan yang berlaku itu pergi dibawa angin.
Namun, jangan diabaikan pengajarannya.
Kerana pengalaman hidup boleh menjadi guru yang terbaik untuk kita.
Sudahlah sahabat, jangan bersedih..
Kesatlah air matamu.
Pandanglah ke kahadapan.
Bersangka baiklah dengan Tuhanmu.
Kerana Allah itu seperti yang disangkakan* oleh hamba-Nya.
Oleh itu, kita mesti bersangka baik dengan Allah SWT.

Jangan bersungut!
Jangan lemah!
Jangan ulangi kesalahan yang sama!

BANGKITLAH!
JANGAN TERLENA LAGI!



BERUSAHALAH DENGAN KERAS!
BERDOALAH PADA TUHAN YAKNI ALLAH SWT!


Jangan putus asa ya~ 
:)

*khas untuk lepasan SPM :)*


Thursday, March 3, 2011

Jangan mengeluh sahabat.. :)

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
 "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-         Surah Al-Baqarah ayat 45
-          
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Subhanallah, hebatkan Al-Quran...setiap masalah yang kita hadapi pasti ada jawapannya...
Semuanya berpandukan Al-Quran & As-Sunnah...
InsyaALLAH, dengan izinNYA hidup ini pasti dibawah rahmatNYA...
Ingat lagi tak Rasulullah pernah bersabda 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Aku telah tinggalkan kepada kamu perkara yang sekiranya kamu tetap berpegang teguh kepadanya maka sudah pasti kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya (hadis)".