Friday, April 29, 2011

I remember your smile -- Zain Bhikha


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




..take 5..
teringat sahabat-sahabat.. :)

Monday, April 18, 2011

The Team members

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



 ..memperkenalkan..

para penulis blog ini


*thaiyibah hamdan*
pencetus blog ini

*nurul a'qilah hasmizi*

*nur fatihah syukri*

*azlyn ahmad fauzi*

 *nur 'afifah md akhir*



* * *
ISLAM.. its a way of life..

Wassalam

Friday, April 1, 2011

dari mata turun ke hati

aku melangkah masuk ke dalam dewan kuliah yang tidaklah sebesar mana, tapi mampu untuk menampung jumlah pelajar yang ramai itu.. kesejukan air-cond dah menjalar ke tubuh, maka aku tarik rapat beg sandang ke tubuh, dan peluk beg tersebut.

sebaik sahaja melabuhkan punggung di hadapan dewan tersebut (aku jadi pembantu cikgu untuk seminar bahasa inggeris pada hari itu), aku terdengar perbualan ;

'ahhhhh comelnya!!!' penuh emosi dan ghairah kakak tersebut melaungkan ayat tersebut. dan tak sampai beberapa saat, aku ternampak majalah yang sedang dibelek oleh kakak tersebut. K-Pop! ada sesuatu yang datang singgah kat hati, ada sesuatu yang mengetuk minda, yang menjadi peringatan dan pengajaran buat diri sendiri.

===

aku rasa, fenomena gilakan pelakon Korea bukan ada pada perempuan Melayu sahaja, malah perempuan Cina dan bangsa lain juga. cuma isunya, Melayu = Islam. bila seseorang itu Melayu, maka automatik seseorang itu Islam. bukan?

baik, pointnya sekarang bukan isu Melayu = Islam dan Islam = Melayu


tetapi pointnya sekarang, kalau sebelah anda sekarang ada tafsir al-Quran, maka mari kita bedah surah an-Nur ayat 31 sekarang. kita bedah sama-sama.


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka....."

aku takkan terkejut kalau kakak yang menjerit ayat 'ahhhhh comelnya' itu memakai seluar ketat dan baju tali spaghetti. aku takkan terkejut kalau kakak yang menjerit ayat itu hanya memakai baju-baju biasa yang tidak melambangkan Muslimah,

tapi aku terkejut bila kakak itu lengkap menutup aurat, bermula dengan tudung labuh, armsocks dan berakhir dengan stokin. seperti budak-budak skolah aku jugak.


maka, apa yang aku terkejut dan kembali memandang diri aku ialah, kakak ini sudah cukup baik menghijab fizikalnya, tapi belum cukup baik menghijab hatinya.

di sini, aku lampirkan entry ini.. untuk kita sama-sama berfikir.. aku seru diri aku terutamanya, sebab aku pun kadang-kadang seperti kakak itu juga, dan aku seru kawan-kawan aku yang lain yang rata-ratanya sangat fanatik Korea dan Jepun,
untuk kita sama-sama menerapkan ayat 31 surah an-Nur itu dalam hati betul-betul. tunduklah pandangan! ayat menunduk pandangan itu bukan untuk yang berada di depan mata sahaja, bukan untuk lelaki-lelaki Melayu sahaja, tapi untuk mereka yang berada di kaca televisyen, berada dalam majalah dan sebagainya. bukan lelaki Melayu sahaja, malah semua lelaki!
tunduklah pandangan kita, dan jagalah kehormatan kita.


tolong.. dan tolongg, sama-sama kita ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan yang lain..

aku minta begini sebab apa? sebab hati kita ini, amanah kita. akan disoal di Akhirat nanti.


dan seperti tajuk di atas. dari mata turun ke hati. kita memandang lelaki Korea dengan penuh ghairah dan nafsu, tak mustahil bila kita nampak lelaki Melayu yang ada iras-iras Korea, kita akan bersikap sebegitu jugak.

segalanya bermula dari mata. kalau tak mula dari mata, takkanlah Allah turunkan ayat 31 surah an-Nur ni kan? jadi, memang dah terang lagi bersuluh, semuanya bermula dari mata.


jom sama-sama islah diri, untuk kurangkan fanatik pada Korea, dan seterusnya menjaga mata dan hati. bila hati terjaga, insya-Allah ibadah kita akan lebih sempurna.

Allahu al-Musta'an 
:)
 

bingkisan rindu buat sahabat




Antara kita tiada rahsia


susah dan senang tetap bersama


terpatri namamu


kau takkan ku lupa


sudah bertahun lama


kita tidak lagi bersua


hnya tinggal kenangan yang mungkin tak kita lupa


kirimkan khabar selalu


seiringan hembusan bayu sekadar penguat rasa rindu dikalbu


pantas masa berlalu


meninggalkan kita semua tanpa disedari bertambahlah usia kita


potret lama masih ku simpan kubingkaikan kenangan hinggakan aku tersenyum sendirian


oh perjalanan kita masih jauh jalanan berliku akan kita tempuh


imbaslah kenangan semalam


jadi azimat penguat semangat menempuh masa hadapan harapanku


kau kan bahagia selalu


padaku kau penghibur duka pengubat hati resah kecewa


dikala malamku kau bawa cahaya


sematkanlah bingkisan rindu dikalbu..


p/s:khas buat sahabat2 perjuangan ku..perjalanan kita masih jauh..semoga Allah sentiasa memberkati kita..kuatkan semangat..ingatlah,,kenangkan ku dalam doa mu.. walaupun jauh dimata..tp dekat dihati.. semoga persahabatan kita semua umpama tasbih..ada permulaan tapi tiada akhirnya..amin..