Thursday, June 7, 2012

warming up RAMADHAN

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

*jenguk calendar*
*woaaah~ bukan jenguk ramadhan, jenguk raye kaan?~*
*oh? ok tak? saye sorg saje buat begitukah?*
*baru ku sedar perangaiku begitu busuk~*



fuuh hot tak hot tak?
mestilaa ye, tgh hangat nak ramadhan kaan skarang ni~
moga2, kite semua sempat lalui ramadhan untuk tahun ni, cepat2 siap2 nak masuk ramadhan, beli telekung baru untuk tarawikh, beli sejadah baru, quran baru eh? op2, berenti kejap. ni ke warming up ramadhaaan? mcm pelik aje~ mcm nak warming up raye je ni. astaghfirullah, astaghfirullah, astagfirullah.

wokeh, kalau mcm tuu~ tangan ke bahu, putar2 kan, buat ikut tasbih same2~
subhaanallah, walhamdulillah, walaailaahaillallah, wallaahuakbar!
eh? ni warming up nak riadhah laa cik akak~

dah tu? mcm mane warming up nak ramadhan? pelik je macam~

Pembaca yang diredhai Allah sekalian,
warming up menempuh ramadhan ialah, beli teleskop besaaaaaar laa untuk tgk anak bulaan ape daa~ eh2 salah. maaf maaf, hontoni gomenasaaiine~

firstly, sblm kite sprint,, mesti kite jalan kaki dulu kan? supaya badan tak terkejut dgn perubahan rate degupan jantung kite, same here. sebelum kite puasa setiap hari untuk sebulan bulan ramadhan t, kite boleh buat secara kecil, puasa sunat isnin khamiis~ tak susah tapi bukan mudah kan? ingat, jgn perubahan secara mendadak tapi tak istiqamaah, biar sikit asalkan istiqaamah baru laa cool n style jadi muslim mu'min yang soleh dan musleh. eh2, beluum, belum musleh lagi. kalau nak dapatkan musleh, ajak satu family puasa sekaki, yg ni osem n style insyaAllah!

second, yang ni best. start dari saat ni. [ok berenti bace mende alah ni sekarang jugak!] n menghadap Al-Quran. wooop! bukan bace secara kosong, tapi tgk tafsir, at least time ramadhan t bacaan quran dah jadi rutin harian kan laaagi senang?~~ sebagai contoh. dulu dulu,, time kecik2, malasnye laaa nak gosok gigi kaan? taik gigi x payah cakap laa, tebal 2 inci, haih haih *geleng2 taapi, hasil ummi abah kite pakse2 gosok gigi, then dah jadi ruti harian kite gosok gigi 3 kali sehari. nak rase malas puuuun, dah tak rase malas sbb mende tu baek untuk kite kan? x bg harm langsung. same here. baca quran laaaaagi x harm langsung bahkan bg kite byk byk byk byk byk kebaikan. percaya x percaya x? mestilaa percayaa~

laaagi. baaaanyak lagi cara warming up. jangan malas je. itu tiket JANGAN MALAS. kalau malas,, memang x jadi ape2 laah kaan?

oh? nak contoh lagi? ade2, jgn risaw~ start dr sekarang, try tido awal, n bangun awal untuk qiaaam~ hamboih nak tunggu 10 malam terakhir je, jenuh laa cik adek sekalian. ape kate start from now, latih diri bgn awal, at least bulan ramadhan t boleh tlg2 ummi masak sahur kat dapur, best whaaat, disamping dpt pahala, dapat ilmu memasak! korg kan ramai yg nak kawen mude.. kekeke, blajaa laa masak dgn pakar insyaAllah berkat~

lagi lagi lagi? banyaaak lagi cara nak warming up untuk ramadhan. insyaAllah mudah dan best~


banyaak kaan? n_n" insyaAllah same2 try amalkan. jom jom! bukan susah, tapi tak mudah.

ok tu je lah, banyak pulak saye membebel di sini. maaf jika ada tersalah kata, terkasar bahasa. moga2 anda semua dapat sesuatu.

assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh!
wallahua'laam,



LASTLY, dont forget. 21 July, RAMADHAN MODE: ON


moga Allah redha.

Buka hati


بسم الله الرحمن الحيم
Hanya Dia yang lebih mengetahui segala isi hati hamba-Nya.
Dia sangat dekat. 
Malah, lebih dekat dari urat leher kita.


Salam 'alaik.
Berada dalam tempoh cuti tidaklah seseronok yang disangka. Kerana mehnah dirumah lebih hebat. Tak percaya? Percayalah. Novel, TV, radio, muka buku(facebook), pencicip(twitter), katil, astro, DVD, you tube, hand phone, arnab.. arnab? hehe. Ok, just joking. Semua ni boleh memakan tarbiyyah hati yang susah payah dibina selama berada dekat dengan sahabat-sahabat bulatan gembira. Well, sekarang jauhkan? Adakah mahu dibiar saja diri hanyut sedikit demi sedikit hingga menjadi mayat bergerak? (seram.)

No way man.

Ok, cukup lah muqaddimah itu. Jom ke topik utama. 



Buka hati? Kenapa? terkunci ke? Ada pintukah pada hati? Atau.. Mungkin ada tingkap? Tak ada lah pintu dan tingkap yang visible. pintu dan tingkap hati kita ni special. Tapi invincible. Tak percaya? Sungguh, tak tipu ni. Memang tak nampak la pintu dan tingkap kat hati. Kalau nak bukti, bedah la hati sendiri. Tak jumpa punya. haha. (Gurau3.) 

Jadi, invincible heh? Macamana nak buka kalau invincible? :)

Buka dengan membenarkan kebenaran mengetuk pintu hati. Seterusnya kunci rendah hati akan membukanya. Kemudian biarkan kebenaran itu memasukinya. Dah terbuka! Simple kan? Tapi, susah sebenarnya. Susah untuk mereka yang EGO, PEMARAH, GOPOH. Sebab itu tazkiyatun-Nafs (penyucian jiwa) penting untuk buka pintu hati. 

Kenapa nak buka hati?
Supaya kita mudah menerima yang haQ. Mudah menolak yang batil. Kebenaran yang hakiki hanya boleh menembusi hati yang terbuka untuknya. Tidak mungkin dapat menembusi hati yang tertutup. Kita tak mungkin dapat masuk ke rumah yang pintunya tertutp kemas. terhantuk la jawabnya. Pergilah banyak mana pun kuliah agama, usrah, ceramah, daurah dan sebagainya tapi jika kita tutup pintu hati kita, semua itu sia-sia. Sebab tak effect pun! semua terpantul keluar semula. Rugi. Sangat rugi.

Analoginya seperti bekas air. Contohnya gelas. Hati yang tertutup ibarat gelas yang diterbalikkan ke bawah. Nak isi air pun tak boleh. Malah, air tumpah ke luar je. Membazir. Hati yang terbuka pula ibarat gelas yang berada dalam kedudukan yang betul, tak terbalik dan mulutnya terbuka. Ha, boleh la isi air. Boleh minum untuk hilangkan dahaga!
(analogi Hilal Asyraf)


Jangan biarkan hati terseksa dengan menutup serapat-rapatnya pintu hati kita. Percayalah, walaupun anda rasa hebat dengan menutup pintu hati anda, tapi pada hakikatnya, anda kena tipu dengan diri sendiri hidup-hidup! Malah, Jiwa dan Iman anda lebih terseksa dan bertambah derita! Pergh. Saket.

Kebenaran itu kadang-kadang pahit. Tapi yang pahit itulah ubat.. kan..?

Bahagiakan hati anda. Bukalah ia. Supaya Iman lebih mantop dan bergaya.

Moga bermanfaat. :)