Thursday, June 7, 2012

Buka hati


بسم الله الرحمن الحيم
Hanya Dia yang lebih mengetahui segala isi hati hamba-Nya.
Dia sangat dekat. 
Malah, lebih dekat dari urat leher kita.


Salam 'alaik.
Berada dalam tempoh cuti tidaklah seseronok yang disangka. Kerana mehnah dirumah lebih hebat. Tak percaya? Percayalah. Novel, TV, radio, muka buku(facebook), pencicip(twitter), katil, astro, DVD, you tube, hand phone, arnab.. arnab? hehe. Ok, just joking. Semua ni boleh memakan tarbiyyah hati yang susah payah dibina selama berada dekat dengan sahabat-sahabat bulatan gembira. Well, sekarang jauhkan? Adakah mahu dibiar saja diri hanyut sedikit demi sedikit hingga menjadi mayat bergerak? (seram.)

No way man.

Ok, cukup lah muqaddimah itu. Jom ke topik utama. 



Buka hati? Kenapa? terkunci ke? Ada pintukah pada hati? Atau.. Mungkin ada tingkap? Tak ada lah pintu dan tingkap yang visible. pintu dan tingkap hati kita ni special. Tapi invincible. Tak percaya? Sungguh, tak tipu ni. Memang tak nampak la pintu dan tingkap kat hati. Kalau nak bukti, bedah la hati sendiri. Tak jumpa punya. haha. (Gurau3.) 

Jadi, invincible heh? Macamana nak buka kalau invincible? :)

Buka dengan membenarkan kebenaran mengetuk pintu hati. Seterusnya kunci rendah hati akan membukanya. Kemudian biarkan kebenaran itu memasukinya. Dah terbuka! Simple kan? Tapi, susah sebenarnya. Susah untuk mereka yang EGO, PEMARAH, GOPOH. Sebab itu tazkiyatun-Nafs (penyucian jiwa) penting untuk buka pintu hati. 

Kenapa nak buka hati?
Supaya kita mudah menerima yang haQ. Mudah menolak yang batil. Kebenaran yang hakiki hanya boleh menembusi hati yang terbuka untuknya. Tidak mungkin dapat menembusi hati yang tertutup. Kita tak mungkin dapat masuk ke rumah yang pintunya tertutp kemas. terhantuk la jawabnya. Pergilah banyak mana pun kuliah agama, usrah, ceramah, daurah dan sebagainya tapi jika kita tutup pintu hati kita, semua itu sia-sia. Sebab tak effect pun! semua terpantul keluar semula. Rugi. Sangat rugi.

Analoginya seperti bekas air. Contohnya gelas. Hati yang tertutup ibarat gelas yang diterbalikkan ke bawah. Nak isi air pun tak boleh. Malah, air tumpah ke luar je. Membazir. Hati yang terbuka pula ibarat gelas yang berada dalam kedudukan yang betul, tak terbalik dan mulutnya terbuka. Ha, boleh la isi air. Boleh minum untuk hilangkan dahaga!
(analogi Hilal Asyraf)


Jangan biarkan hati terseksa dengan menutup serapat-rapatnya pintu hati kita. Percayalah, walaupun anda rasa hebat dengan menutup pintu hati anda, tapi pada hakikatnya, anda kena tipu dengan diri sendiri hidup-hidup! Malah, Jiwa dan Iman anda lebih terseksa dan bertambah derita! Pergh. Saket.

Kebenaran itu kadang-kadang pahit. Tapi yang pahit itulah ubat.. kan..?

Bahagiakan hati anda. Bukalah ia. Supaya Iman lebih mantop dan bergaya.

Moga bermanfaat. :)

0 comments:

Post a Comment