Bismillah.
Salam w.b.t.
Sayang, mari pimpin tangan. Kita jalan-jalan melihat kebesaran Tuhan. Telah diciptakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Unta boleh dibuat tunggangan, boleh juga dijadikan makanan. Kerbau membajak sawah, tatkala raya direndang pula. Llama dan yak membawa barang di kawasan pergunungan.
Rumput-rumput yang hijau, sayur-mayur yang menyihatkan, ulam-ulaman membuka selera. buah yang beraneka jenis, ada yang bujur, ada yang berduri. Ada yang kecil, ada yang bermusim. Beraneka pilihan yang setiap satu lain rasanya.
Itu baru dua jenis makhluk yang kak ceritakan. Cuba kau dongak ke atas dan perhatikan langit yang berdiri tanpa tiang. Tiada sebarang rekahan. Membirukan dan tergantung awan-awan yang bersantun di dadanya yang megah. Tertitis air tatkala langit menangis membawa rahmat pada bumi kontang yang merekah, menyuburkan tanaman dan membasahkan bumi tandus.
Sayang, tahukah engkau, semua makhluk yang Tuhan ciptakan adalah untuk kita? Cukup berterima kasihkah kita atas segala nikmat kurniaanNya? atau kita mengucapkan syukur dengan melakukan kemungkaran di atas muka bumi ini?
Dalam sebuah hadith qudsi Allah ada berfirman-
Aku menciptakan segala sesuatu untukmu dan aku menciptakan kamu untuk-Ku.
menciptakan kamu untuk-Ku.
menciptakan kamu untuk-Ku.
menciptakan kamu untuk-Ku.
adik faham apa maksud ayat ini?
Kak tahu adik faham. Adik faham guna hati ye. Jangan faham guna fakta. Adik faham dengan mata hati, bukan guna akal logik. Akal logik hanya boleh diguna untuk baca buku Biologi saja. Kita boleh hafal setiap fakta, tapi tak boleh simpan dalam hati. Bukan?
Kak saja timbulkan soal ini. Sebab kak tahu adik masih lagi dalam proses mengenali Tuhan adik dan Tuhan akak. Kak pun masih lagi mengenali Tuhan kak, iaitu Allah.
Kak mahu kita terus mengenali dia.
=============================================
Kak saja timbulkan soal ini. Sebab kak tahu adik masih lagi dalam proses mengenali Tuhan adik dan Tuhan akak. Kak pun masih lagi mengenali Tuhan kak, iaitu Allah.
Kak mahu kita terus mengenali dia.
=============================================
Tujuan blog ini dibina sebenarnya tidak dirancang. Tapi bagi aku, aku mahu blog ini boleh memberi manfaat. Aku mahu setiap kita dapat mengutip mutiara-mutiara iman, yang boleh dijadikan bekalan sepanjang perjalanan kita di dunia. Hakikatnya masih jauh lagi perjalanan kita, tapi kita adakah kita tahu bila kita akan menghadap tuhan?
Nantikan ahli-ahli MBS muncul dan mengeluarkan setiap kalam yang tersimpan :)
Wallahu A'lam.
Wassalam
0 comments:
Post a Comment